TURIN 16 Feb. – Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol ke-19 dalam saingan Serie A musim ini dan kini ketinggalan di belakang Lionel Messi untuk merangkul Anugerah Kasut Emas Eropah. Juventus melebarkan jurang perbezaan kepada 14 mata selaku pendahulu Serie A selepas mereka menundukkan Frosinone 3-0 di Stadium Allianz. Pasukan yang berpangkalan di Turin itu memulakan aksi dengan jaringan jarak jauh Paulo Dybala pada minit keenam sebelum Leanardo Bonnuci meletakkan pasukan tuan rumah dalam keadaan selesa menerusi jaringan kedua pada minit ke-17. Pada minit ke-63, Ronaldo melengkapkan kemenangan Juventus menerusi jaringan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya