LONDON 26 Feb. – Leicester dikhabarkan telah bersetuju untuk melantik Brendan Rodgers sebagai pengurus, lapor media Britain, Sportsmail. Pengurus berusia 46 tahun itu bersedia meninggalkan Celtic dan berpindah ke Stadium King Power selepas Leicester meyakinkan warga Ireland Utara tersebut untuk mengisi kekosongan tempat yang ditinggalkan Claude Puel. Bekas pengurus Celtic, Neil Lennon, yang meninggalkan Hibs awal musim ini, dijangka menggantikan Rodgers dalam kepulangan sensasinya ke Glasgow. Menerusi laporan Sportsmail sebelum ini, pertanyaan awal telah dilakukan sebelum Krismas, tetapi Puel berjaya menyelamatkan kedudukannya apabila melakar kemenangan ke atas Chelsea dan Manchester…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya