GRADUAN yang menganggur semakin ramai setiap tahun. Saya amat simpati dengan anak-anak muda yang bertungkus-lumus belajar semenjak dari sekolah tadika hingga menara gading. Apabila memperoleh ijazah setelah 15 tahun bersengkang mata mentelaah dan berulang alik ke sekolah, kadang kala berpuluh kilometer atau terpaksa tinggal di asrama berjauhan dengan keluarga dan makan mi segera untuk jimat belanja semasa di universiti. Akhirnya selepas berjaya pegang segulung ijazah, terpaksa menjadi penganggur terhormat kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa, maka bekerjalah mereka sebagai operator kilang atau menjadi atendan stesen minyak. Itulah realiti hidup para…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya