NOVEL Ranjau Sepanjang Jalan (1966) yang diterbitkan oleh Utusan Melayu dianggap sebagai kemuncak kejayaan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad sebagai seorang novelis sehingga nama beliau terkenal di peringkat antarabangsa. Malah, kesengsaraan watak Lahuma dan Jeha di Banggul Derdap dalam novel itu disamakan dengan watak Rukamani dan Nathan dalam ‘Niectar in a Sieve’ (1954) karya Kamala Markandaya. Menurut buku Tanggapan Perbicaraan Karya-Karya Shahnon Ahmad (1986) yang diselenggarakan oleh Safian Hussain, Mohd Thani Ahmad dan Ahmad Kamal Abdullah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ranjau Sepanjang Jalan mendapat sanjungan sarjana antarabangsa seperti A.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya