WASHINGTON 21 Feb. – Seorang pegawai Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan pemimpin kerajaan dan personaliti media dalam serangan pembunuhan beramai-ramai ditahan atas tuduhan senjata api dan dadah di rumahnya di pinggir bandar, Jumaat lalu. Menurut Peguam Negara As, Robert Hur, tertuduh, Christopher Paul Hasson, 49, mempunyai rancangan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai. “Lelaki tersebut bercadang membunuh orang awam yang tidak bersalah dalam skala yang jarang dilihat di negara ini. “Tertuduh adalah pengganas domestik yang berusaha melakukan perbuatan berbahaya kepada kehidupan manusia yang bertujuan untuk mempengaruhi tindakan kerajaan,” kata Hur.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya