MANCHESTER 25 Feb. – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United melawan Liverpool yang berkesudahan seri 0-0 di Stadium Old Trafford, Manchester, malam tadi. Keberangkatan baginda disambut oleh Ketua, Bahagian Perkhidmatan Kewangan Kelab Manchester United SIMON HOPPE beserta bekas pemain The Red Devils, Quinton Fortune. Berangkat sama ialah anakanda kedua baginda, Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Turut hadir mengiringi baginda ialah AJK Pelan Strategik Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Rajasekaran Murugaiah. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya