KUALA LUMPUR 18 Feb. – Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang parti itu akan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad jika ada parti komponen Pakatan Harapan (PH) melakukan pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan dilihat sebagai pusingan-U luar biasa. Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Shazni Munir Mohd. Ithnin berkata, hal itu kerana sokongan tersebut memberi isyarat segala tohmahan dilemparkan Pas kepada pentadbiran Dr. Mahathir sebelum ini tidak betul dan helah politik semata-mata. “Jika benar sokongan Pas kepada Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH bukan bersifat ‘bohong syarie’,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya