LUMUT 26 Feb. – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan purata dua kes kematian setiap hari akibat kemalangan perjalanan semasa berulang alik ke tempat kerja tahun lalu. Timbalan Ketua Eksekutif Operasi Perkeso, John R. Marin berkata, daripada 72,631 kes pelbagai kemalangan tahun lalu, sebanyak 35,195 kes atau 48 peratus adalah kemalangan perjalanan semasa berulang alik ke tempat kerja. “Daripada 35,195 kes itu, 666 pekerja maut akibat kemalangan perjalanan berbanding dengan 222 kes kematian akibat kemalangan di tempat kerja,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Bersama Pekerja Inisiatif Perkeso dan PDRM Peringkat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya