KUALA LUMPUR 14 Feb.- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan secara sinis mendakwa BN kini mendapat sokongan 55 peratus sekali gus mendahului Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Menurut Timbalan Presiden UMNO itu juga, peratusan tersebut hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Institut Mohamad Haji Hasan. Jawapan Mohamad tersebut sebagai maklum balas terhadap dapatan kajian lapangan yang telah dilakukan oleh badan penyelidik pilihan raya, Institut Darul Ehsan (IDE). “Saya tidak kata tidak percaya tapi Institut Mohamad Haji Hasan kata kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya