KUALA LUMPUR 7 Feb. – Dua premis sembelihan ayam di Pasar Borong Selayang dekat sini diserbu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas dipercayai gagal melakukan penyembelihan dan pemprosesan mengikut piawaan ditetapkan. Serbuan pada pagi ini dilakukan dalam Operasi Bersepadu Penjaja oleh MPS selepas pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan di pasar borong berkenaan. Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, pihaknya mendapati premis berkenaan tidak mematuhi aspek penyembelihan yang ditetapkan selain faktor kebersihan yang boleh mengundang pelbagai isu kesihatan. “Melalui pemeriksaan, kami mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya