PUTRAJAYA 18 Feb. – Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), yang terdiri daripada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM), diminta melakukan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memberi nasihat berkaitan kepolisan kepada pelajar. Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata PPS boleh membuat kunjungan pada bila-bila masa dan bukannya hanya pada hari perhimpunan sekolah semata-mata. Katanya selain hari perhimpunan, PPS juga boleh menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bertemu guru besar, bermesyuarat dengan guru-guru atau berjumpa terus dengan pelajar. “KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kementerian adalah untuk memastikan PPS…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya