PUTRAJAYA 17 Feb.– Perbadanan Putrajaya (PPj) melancarkan Sistem Pemantauan OSC 3.0 bagi menerima, merekod dan memantau semua permohonan kelulusan pelan pembangunan sehingga Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, sistem berkenaan menunjukkan ketelusan PPj semasa berurusan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam proses kelulusan pelan sehingga CCC diperolehi. Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah mengesahkan bahawa PPj merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang membangunkan sistem seumpama itu dalam urusan pembangunan. “Pada masa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya