KUALA LUMPUR 11 Feb. – Portal berita milik DAP, Roketkini pada Jun 2013 didapati pernah menyiarkan laporan yang mempertikaikan ijazah milik dua ahli Kabinet kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwanya sebagai palsu selain menggesa kedua-dua mereka meletakkan jawatan. Dalam laporan bertajuk ‘DAP dedah menteri dengan ijazah palsu, desak letak jawatan’ yang bertarikh 26 Jun 2013 itu, dua ahli Kabinet iaitu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin didakwa memiliki ijazah palsu. Berikutan itu, kedua-dua mereka dilihat perlu melepaskan jawatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya