KUALA LUMPUR 24 Feb. – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kereta milik pembantu calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi disimbah cat dalam kejadian di Kampung Rinching Hulu, Semenyih, dekat sini dua hari lalu. Jurucakap PRK Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, kes berkenaan merupakan satu daripada lapan kertas siasatan yang dibuka sepanjang tempoh berkempen bermula 16 Februari hingga hari ini. “Kita telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya