KLANG – Pihak polis sedang mencari saksi bagi satu kejadian kemalangan motosikal melibatkan dua remaja lelaki berusia 15 tahun di hadapan sebuah bank di Jalan Meru di sini, Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Norsyaifulizam Awalluddin, 15, yang merupakan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia pada pukul 5 pagi tadi, 36 jam selepas menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Sementara itu, rakan mangsa, yang juga penunggang motosikal, Mohd. Aiman Syabil Razali, 15, hanya mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya