LONDON 24 Feb. – Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji karakter serta kepimpinan yang dimiliki Paul Pogba bersama pasukan itu. Pogba berada pada tahap terbaik menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang seteru tradisi mereka, Liverpool dengan sembilan gol musim ini sejak kehadiran Solskjaer yang menggantikan Jose Mourinho, Disember lalu. Kecemerlangan bintang Perancis itu bermula selepas pemecatan Mourinho yang kerap mempertikaikan aktivitinya di dalam media sosial. Ketika tewas 1-3 kepada Liverpool di Anfield, Disember lalu, Pogba hanya diletakkan di bangku simpanan. Bagaimanapun pemain berusia 25 tahun itu dilihat semakin matang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya