ALOR SETAR 17 Feb. – Gara-gara tidak berpuas hati operasi bersepadu dijalankan pihak berkuasa negara ini, beberapa individu dipercayai warga Thailand bertindak menutup pintu pagar sempadan di Bukit Kayu Hitam, dekat sini hari ini. Dalam insiden kira-kira pukul 10 pagi itu menyebabkan suasana berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) itu kecoh seketika apabila ramai pelancong dan pemandu kenderaan berat khususnya treler membawa barang tidak dapat meneruskan perjalanan. Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, pihak terbabit dipercayai bertindak menutup pintu pagar berkenaan sebagai tanda protes operasi jalan raya membabitkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya