PERJALANAN seni yang ditempuh gadis cantik ini sememangnya tidak mudah. Memulakan karier dengan langkah perlahan, dia sedar namanya masih belum mampan dalam carta industri lakonan. Lima tahun menyusun strategi, populariti bukan matlamat utama Sarah Hildebrand. Dia tidak mahu namanya hanya terpalit dengan cerita-cerita panas yang tidak membantu lakonannya. Kuantiti peminat hanyalah satu bonus bagi seorang anak seni, namun apa yang lebih mustahak adalah bagaimana memahat lakonan berkesan dalam benak fikiran sesiapa yang menonton sesebuah naskhah. Mengakui lakonannya pada awal kemunculan dalam industri sebagai ‘kayu’, dia belajar untuk terus memperbaiki.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya