ARAU 19 Feb. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah mahukan perubahan minda yang lebih positif dalam budaya kerja para penjawat awam di negeri ini. Baginda bertitah, perubahan yang dimaksudkan adalah berubah cara kerja ke arah yang lebih mesra rakyat dan segera keluar daripada zon selesa. “Selain itu, sebagai penjawat awam, mestilah sentiasa menepati masa, menyegerakan pelaksanaan terhadap segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan tahap kerja yang berkualiti,” titah baginda. Baginda bertitah demikian semasa berkenan berangkat menerima sembah menghadap pengenalan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang baharu, Tuan Azman Mohd…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya