Pengurus syarikat, penjawat awam ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Pengurus syarikat, penjawat awam ditahan SPRM kemuka tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus syarikat dan penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana mengemukakan tuntutan palsu. Kedua-dua suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada pukul 2.30 petang di Pejabat SPRM Cawangan Segamat. Menurut sumber, kedua-dua mereka merupakan seorang pengurus syarikat dan seorang lagi adalah Penolong Pegawai Tadbir wanita yang bertugas di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak. “Hasil siasatan dijalankan mendapati, kedua-dua suspek bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM7,200 kepada ILP Tangkak berkaitan satu program Kursus Pengurusan Organisasi Efektif, yang mana kursus tersebut tidak dilaksanakan,”…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya