IPOH – Seorang pengawal keselamatan berhadapan detik-detik cemas apabila pondok pengawal di sebuah restoran yang masih dalam pembinaan di Jalan Tambun di sini ditembak individu tidak dikenali awal pagi tadi. Difahamkan, premis berkenaan sebelum ini pernah menerima ancaman sama pada pada 5 Februari lalu dan kelmarin, namun laporan polis hanya dilakukan untuk dua kejadian terbaharu. Menurut pengawal tersebut, A. Paskanathen, 67, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi itu, dia berada di dalam pondok pengawal tersebut sebelum dikejutkan bunyi motosikal yang berhenti di hadapan pondok berkenaan. “Saya betul-betul takut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya