KULIM – Tindakan seorang penganggur menjadikan anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun sebagai tebusan dalam kejadian di Taman Serai Wangi, Padang Serai pada 9 Februari lalu berbalas apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Abd. Rahim Osman, 35, yang memakai baju lokap dituduh atas dua pertuduhan iaitu menculik dan mencederakan kanak-kanak terbabit, Wan Nur Ainul Darwisyah Amri. Dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan tersebut dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Musyiri Peet. Mengikut kertas pertuduhan, Abd. Rahim didakwa menculik Wan Nur Ainul Darwisyah dengan mengurung mangsa secara salah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya