PUTRAJAYA 28 Feb. – Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa terdapat pemimpin Pakatan Harapan yang masih meneruskan sikap sebagai pembangkang meskipun parti itu telah sembilan bulan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri. Menurut Perdana Menteri, antara sikap itu ialah menganggap golongan peniaga dan pengusaha sebagai kapitalis yang hanya menindas pekerja dan rakyat. Beliau sehubungan itu mahu pemimpin Pakatan Harapan mengubah mindset dengan menjadikan peniaga dan pengusaha yang mereka anggap sebagai kapitalis sebelum ini, sebagai rakan dan membantu mereka supaya lebih berjaya. Kejayaan peniaga dan pengusaha itu katanya, akan membolehkan kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya