ALOR SETAR – Suasana kawasan tali air di Kampung Pulau Tembun, Sungai Daun Tengah, Yan dekat sini bagaikan pesta apabila dikunjungi ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan gambar di atas hamparan rumput liar sejak minggu lalu. Tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang kering-kontang itu ditumbuhi rumput menghijau sejauh kira-kira satu kilometer (km). Penduduk Yan, Azrul Nizam Azali, 27, berkata, dia pergi ke kawasan tersebut pada Rabu lalu selepas ternampak gambar pemandangan rumput berkenaan dimuat naik di Facebook. “Saya pergi untuk melihat sendiri dan ternyata pemandangan rumput…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya