WASHINGTON 21 Feb. – Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi meminta pengubal undang-undang menyokong resolusi bagi menghentikan deklarasi darurat nasional Presiden Donald Trump bagi mendapatkan dana untuk pembinaan tembok di selatan sempadan dengan Mexico hari ini. Mereka mempunyai masa sehingga pukul 3 petang ini bagi penaja bersama sebelum ia dibentangkan pada Jumaat ini. Terdahulu, Trump mengumumkan darurat itu untuk melepasi Kongres yang mana telah meluluskan hanya suku daripada AS$5.6 bilion (RM22.8 bilion) bagi pembinaan tembok berkenaan. Pada awal minggu ini, 16 negeri menyaman deklarasi berkenaan namun pentadbiran Trump meneruskan perancangan bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya