KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Tahun Baru Cina dengan penuh harmoni dan aman, namun keadaan mungkin tidak sentiasa begitu. Ini kerana, katanya, ada pihak yang cuba mengeruhkan keharmonian ini untuk tujuan tertentu. Sehubungan itu, semua pihak diharap tidak membiarkan diri mereka terhasut dengan perkara sebegitu. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya