KUALA TERENGGANU – Perubahan iklim dunia ekoran isu pemanasan global yang membawa kesan ketidaktentuan cuaca mula dirasai di negara ini terutama di negeri-negeri di utara tanah air. Meskipun fenomena itu belum dirasai sepenuhnya, banyak pihak telah bersedia menghadapinya dengan cara masing-masing bagi memastikan impak buruk tidak menjejaskan kehidupan seharian orang ramai, tanaman dan hidupan lain di negeri ini. Pembekal utama bekalan air di negeri ini, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mula melakukan pemantauan berterusan terhadap sumber air di setiap daerah yang dikendalikan meskipun paras air masih terkawal dan tiada laporan diterima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya