KIEV 25 Feb. – Pelakon komedi, Volodymyr Zelenskiy menjadi pencabar utama dalam pemilihan Presiden negara ini, menurut tinjauan terbaharu yang dikeluarkan hari ini. Lapor Reuters, tinjauan yang dikendalikan oleh Institut Sosiologi Antarabangsa Ukraine (KIIS) menunjukkan Zelenskiy, 41, meraih 15.4 peratus sokongan orang ramai. Penyandang Presiden, Petro Poroshenko meraih 10.5 peratus manakala pemimpin pembangkang, Yulia Tymoshenko mendapat 8 peratus sahaja. Pilihan raya akan berlangsung pada 31 Mac dan 44 calon dijadualkan bersaing pada pemilihan berkenaan. Sekiranya tiada calon yang memenangi 50 peratus undian, dua calon tertinggi akan bertanding kembali antara satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya