KUALA LUMPUR 21 Feb. – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perbuatan individu tidak bertanggungjawab meletakkan patung berhala bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda, Pelabuhan Klang, dekat sini semalam. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Perpaduan) dalam kenyataan memberitahu, akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Jawatankuasa Surau Sabilul Huda dan pengerusi rukun tetangga kawasan berkenaan bagi memastikan isu itu ditangani dengan aman. Kata kenyataan itu, Perpaduan melalui rukun tetangga akan memberikan kerjasama kepada pihak polis dan jawatankuasa surau dalam memastikan keselamatan surau serta kawasan kediaman terjamin.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya