KLANG 22 Feb. – Polis Klang Selatan telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan sekumpulan lelaki yang melakukan kegiatan samun bersenjatakan parang di sekitar daerah ini dan kawasan Lembah Klang dekat sini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian awal berlaku di sekitar daerah ini apabila kumpulan bermotosikal terbabit telah melakukan samun sekitar pukul 3 hingga 4 petang. Katanya, kumpulan terbabit menggunakan modus operandi dengan bergerak secara berkumpulan menaiki motosikal dan menyerang mangsa yang berseorangan di kawasan rumah dengan bersenjatakan parang dan meminta mangsa menyerahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya