MINGGU lalu, sepasang pengantin dari Indonesia menjadi tular di laman sosial apabila memilih minuman cendol sebagai mahar perkahwinan. Mahar dalam istilah Islam membawa maksud pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Berita tersebut dikongsi oleh pemilik akaun Facebook, Bagus Yudhistira yang berasakan pemilihan segelas minuman cendol sebagai mahar itu cukup unik. Pengantin perempuan dikatakan cukup menggemari minuman tersebut dan gembira menerimanya sebagai mahar. Rata-rata netizen yang menonton video pernikahan itu memuji pemilihan mahar yang ringkas dan murah seperti cendol.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya