MELAKA 25 Feb. – Pas membuat keputusan untuk tidak membentuk gabungan dengan UMNO namun kedua-dua parti itu akan tetap bekerjasama bagi memastikan kesinambungan perjuangan orang Melayu dan umat Islam. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gabungan atau ‘perkahwinan’ antara Pas dan UMNO tidak mungkin berlaku kerana menganggap kedua-duanya sebagai parti adik-beradik. “Kita adik-beradik memang tidak boleh bernikah tetapi apa yang penting kita bekerjasama demi satu matlamat. Jadikan pertemuan demi pertemuan untuk mengembalikan kekuatan penyatuan ini,” katanya. Beliau berkata demikian dalam ceramah perdana Pas dan UMNO Melaka bertajuk ‘Islam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya