MARANG 17 Feb. – Pas hari ini menafikan tidak akan menyokong UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sebagaimana didakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad. Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas akan tetap menyokong UMNO namun, tahap komitmen serta kadar penglibatan parti itu berbeza keadaannya pada PRK Parlimen Cameron Highlands lalu, atas faktor pertandingan di peringkat DUN. Katanya, ia selaras dengan pendirian konsisten Pas yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya di samping mengekalkan hubungan dengan UMNO atas dasar perpaduan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya