MARANG 22 Feb. – Pas menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar-benar berlaku. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata meskipun Pas di pihak pembangkang sokongan diberikan kepada Dr Mahathir demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan. “Kita mempunyai maklumat (undi tidak percaya kepada perdana menteri) sebab itulah kita bagi sokongan…kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. “Kita akan sokong bahkan sokong walaupun dalam kita (PAS) jadi pembangkang demi kepimpinan orang Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya