SAN FRANCISCO 19 Feb. – Sebanyak 16 negeri memfailkan tuntutan saman terhadap pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump susulan keputusannya mengisytiharkan darurat nasional bagi mendesak kelulusan dana pembiayaan tembok sempadan negara ini dengan Mexico. Menurut laporan BBC, antara negeri yang memfailkan injunksi terhadap pengisytiharan darurat itu adalah California, Colorado, Connecticut, Delaware, Hawaii, Illinois, Maine, Maryland, Michigan, Minnesota, Nevada, New Jersey, New Mexico, New York, Oregon dan Virginia. Tuntutan berkenaan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan di California menyatakan arahan Trump bertentangan dengan Klausa Penyerahan yang menggariskan prosedur perundangan serta Klausa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya