PARIS 16 Feb. – Neymar menggunakan laman sosial untuk menyampaikan mesej bahawa dia sedang menjalani proses pemulihan daripada kecederaan tapak kaki yang sedang dialaminya. Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu tidak beraksi selepas mengalami kecederaan itu semasa perlawanan Piala Perancis menentang Strasbourg bulan lalu. Pemain berusia 27 tahun itu tidak beraksi ketika PSG menang 2-0 ke atas Manchester United, Rabu lalu tetapi berharap dapat kembali beraksi di suku akhir Liga Juara-Juara. Bagaimanapun skuad kendalian Thomas Tuchel perlu mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa kejutan dalam aksi timbal balas menentang Red Devils,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya