KATHMANDU – Menteri pelancongan Nepal, Rabindra Adhikari adalah antara individu yang terkorban hari ini apabila sebuah helikopter terhempas di kawasan berbukit di negara berkenaan, kata beberapa pegawai. Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat Adhikari, 49, juruterbang dan lima penumpang lain dari sebuah lereng bukit di daerah Taplejung di mana helikopter milik syarikat pengangkutan udara, Air Dynasty itu terhempas. “Identiti menteri terbabit telah dikenal pasti,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Ram Krishna Subedi pada satu sidang akhbar. Subedi berkata, dua buah helikopter tentera dikerah untuk membawa semua mayat tersebut pulang ke ibu kota,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya