DUBAI 26 Feb. – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif yang pernah mengetuai rundingan perjanjian nuklear dengan kuasa dunia pada 2015 mengumumkan peletakan jawatan di akaun Instagram miliknya semalam. Reuters melaporkan, beliau tidak memberikan alasan khusus berhubung keputusannya itu. Zarif mengucapkan terima kasih kepada rakyat Iran dan ‘pegawai yang dihormati’ kerana sokongan mereka ‘semasa 67 bulan lalu’. “Saya ikhlas meminta maaf kerana ketidakupayaan untuk terus berkhidmat dan semua kekurangan sepanjang saya bertugas,” katanya di laman Instagram. Dia tidak memberikan alasan khusus untuk keputusannya. Agensi berita rasmi Tasnim melaporkan, beberapa sumber…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya