KUALA TERENGGANU – Persahabatan antara Muhammad Syukur Khamis dengan kerbau jantan kesayangannya, Tokol sejak dua tahun lalu sampai jua ke penghujung apabila haiwan peliharaan bapanya itu disembelih untuk dijadikan lauk kenduri kahwin buat dua abangnya di Kampung Banggol Katong, Serada di sini semalam. Muhammad Syukur, 14, hanya mampu menangis ketika membawa kerbau seberat 300 kilogram itu menaiki lori untuk dibawa ke pusat sembelihan di Wakaf Tapai, Marang pada pukul 6.30 petang kelmarin. Remaja yang mendapat jolokan ‘Mowgli Asia’ itu memberitahu, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh bapanya, Khamis Jusoh, 64,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya