PUTRAJAYA 28 Feb. – Perlaksanaan mekanisme levi pelbagai peringkat bagi penggajian pekerja asing meliputi semua sektor bakal dilaksanakan bermula Januari 2020. Perkara itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia yang bermesyuarat hari ini. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan tersebut akan mengambil kira aspek integrasi data, kesediaan pihak kerajaan dan majikan sebelum ia dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun katanya, bagi sektor perkilangan, nisbah kebergantungan pekerja asing bagi mekanisme levi pelbagai peringkat adalah hanya sehingga 75 peratus. “Dalam perkara ini, satu jawatankuasa akan ditubuhkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya