GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki dipercayai penumpang sebuah feri yang didakwa terjatuh dari feri berkenaan pada Jumaat lepas akhirnya ditemui berhampiran Jeti Swettenham, di sini selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui terapung oleh orang awam kira-kira pukul 10.30 pagi sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis. “Hasil pemeriksaan menemui wang RM1, kunci motosikal dan sebuah telefon bimbit bersama mayat lelaki itu, namun kami tidak menjumpai sebarang dokumen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya