IPOH 19 Feb. – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memperkenalkan model bisnes baharu iaitu kemasukan secara percuma kepada pengunjung di taman tema animasi Movie Animation Park Studios (MAPS) di Bandar Meru Raya di sini mulai 1 Mac ini. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, para pengunjung hanya perlu membayar menerusi sistem kupon sekiranya mahu bermain permainan atau menonton persembahan di taman tema tersebut. “Model bisnes baharu ini dilaksanakan setelah mengambil kira keluhan rakyat yang merasakan harga tiket masuk ke MAPS agak tinggi dan di luar kemampuan mereka,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya