PULAU PINANG 27 Feb. -Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan kelas C di kawasan berhampiran Muka Head di sini kelmarin kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di luar dari zon yang ditetapkan. Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, bot tersebut ditahan kira-kira 19 kilometer dari Barat Muka Head oleh kapal peronda milik Maritim Malaysia kira-kira pukul 2.41 petang kelmarin. “Hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong lelaki warga Thailand berumur 30 tahun bersama tiga orang awak-awak warga Thailand yang kesemuanya lelaki berumur 30,39 dan 51 tahun berada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya