KOTA TINGGI – Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili melakukan pelayaran ihsan membawa seorang nelayan yang mengalami sesak nafas ketika menangkap ikan di Tanjung Kelesa di sini pagi hari ini. Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 pada pukul 9.30 pagi memaklumkan ada seorang nelayan berusia 51 mengalami sakit dada. Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu, sebuah bot ronda Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi di kedudukan 12 batu nautika timur Tanjung Kelesa. ”Bot ronda Maritim Malaysia tiba di lokasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya