KOTA TINGGI 17 Feb. – Maritim Malaysia Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) melakukan pelayaran ihsan bagi memberi bantuan kecemasan kepada nelayan tempatan pada pagi ini. Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada pukul 9.30 pagi mengenai seorang nelayan mengalami sakit dada di posisi kira-kira 12 batu nautika Timur Tanjung. “Sebuah bot ronda Maritim Malaysia segera digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.40 pagi sebelum segera memindahkan pesakit lelaki yang berumur 51 tahun itu dan membawanya ke Jeti Sedili Besar pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya