KUALA LUMPUR 28 Feb. – Pas menyarankan Malaysia memainkan peranan aktif dalam meredakan ketegangan di antara India dan Pakistan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha itu boleh dilaksanakan berlandaskan semangat Islam dan hubungan diplomatik di bawah payung ASEAN. Beliau pada masa sama turut menggesa India dan Pakistan segera ke meja rundingan bagi mencari jalan penyelesaian damai tanpa melibatkan tindakan ketenteraan. “Pas menzahirkan kebimbangan terhadap konflik yang tercetus di antara India dan Pakistan dalam tempoh beberapa hari ini yang turut memberi kesan kepada keselamatan dan keamanan di rantau Asia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya