MALE 18 Feb. – Pihak berkuasa Maldives mengarahkan penahanan bekas Presiden, Abdulla Yameen atas tuduhan pengubahan wang haram. ABDULLA YAMEEN Arahan tersebut diumumkan selepas mahkamah memulakan pendengaran awal terhadap tuduhan Abdulla menerima hampir AS$1.5 juta (RM6 juta) dalam bentuk pembayaran tidak sah sebelum beliau tewas dalam pilihan raya pada September lalu. “Pendakwa raya memaklumkan bahawa Abdulla didakwa cuba menyogok saksi,” kata seorang pegawai mahkamah sambil menambah bekas Presiden itu akan dibawa ke Penjara Dhoonidhoo dekat sini. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya