LONDON 28 Feb. – Ole Gunnar Solskjaer gembira apabila melihat Romelu Lukaku mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak gol ketika membantu Manchester United menewaskan Crystal Palace 3-1. Lukaku diletakkan di bahagian sayap sejak beberapa mingu lalu memandangkan pengendali sementara United, Solskjaer gemar menggunakan Marcus Rashford di bahagian tengah. Bagaimanapun, Rashford tidak cergas dan diletakkan di bangku simpanan membolehkan Lukaku beraksi di bahagian kegemarannya dengan menghasilkan satu gol setiap babak untuk memastikan United melebarkan rekod tanpa kalah 11 perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). Solskjaer yang merupakan bekas penyerang United tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya