MANCHESTER 25 Feb. – Jurgen Klopp mengakui pasukannya telah melepaskan peluang terbaik apabila Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 0-0 menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, semalam. Liverpool kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan kelebihan satu mata mengatasi pencabar terdekat mereka, Manchester City. Reds hanya berjaya melakukan satu percubaan tepat dan bos Liverpool itu berkata, mereka beraksi di bawah tahap sebenar kerana berdepan beberapa isu kecederaan. Kelab Merseyside itu kehilangan Roberto Firmino yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, begitu juga dengan pemain United iaitu Ander Herrera,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya