SRINAGAR, Kashmir 25 Feb. – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila satu kejadian berbalas tembakan berlaku antara dua anggota tentera India dan tiga anggota kumpulan pemberontak di daerah bergolak, Kulgam di selatan Kashmir semalam. Ketua Polis Kashmir, Dilbagh Singh yang dipetik al-Jazeera berkata, kejadian itu berlaku selepas pasukan tentera melancarkan operasi membanteras kumpulan pemberontak di perkampungan Turigam. “Dalam operasi itu, kita kehilangan dua anggota dan insiden berbalas tembakan kini sudah berakhir,” katanya. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya